GEOGRAFI PULAU PINANG

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia.

Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.

Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan keseluruhan ialah 1030.74 km persegi; 292.45 km persegi terdiri dari  kawasan pulau dan 738.29 km persegi terdiri dari kawasan seberang.Ianya dihubungkan oleh Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5km dan juga perkhidmatan feri.