BERITA / KURSUS / SEMINAR / TAKLIMAT

Lawatan Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang Ke Tapak Projek Pembinaan Jambatan Kedua


Tanggal 10 Januari 2013 yang lalu telah berlangsung satu lawatan ke tapak projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, Ir. Haji Ahmad Latif Bin Haji Abdul Hamid itu diiringi oleh Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.
Ketibaan rombongan lawatan ini disambut oleh pasukan projek Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB) selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan pembinaan jambatan ini. Lawatan yang berlangsung selama hampir empat jam itu dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan, keselamatan, kerja-kerja teknikal dan spesifikasi kemudian diteruskan dengan lawatan ke tapak pembinaan.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri proses pemasangan cable-stayed bridge yang melibatkan main navigation span sepanjang 475 meter. Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini merupakan satu kejayaan khususnya dalam bidang kejuruteraan kerana asas cerucuk jenis bored piled sedalam 130 meter yang digunakan adalah antara yang paling dalam di dunia dan mempunyai keupayaan menampan kesan gempa bumi menerusi penggunaan teknologi unik dikenali sebagai galas getah redaman tinggi (HDRB) yang pertama digunakan dalam negara, sekali gus melindunginya daripada kerosakan. Projek yang menelan belanja sebanyak RM 4.5 billion ini dijangka siap pada November 2013.

 

 

:::Gambar:::