BERITA / KURSUS / SEMINAR / TAKLIMAT

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BLOK PENTADBIRAN HOSPITAL SEBERANG JAYA.

 



27 Disember 2018 : Satu Majlis Penyerahan Blok Pengurusan Hospital Seberang Jaya kepada Pengarah Hospital Seberang Jaya bagi mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pagi ini.

 

Majlis ini dimulakan dengan sesi menandatangi sijil perakuan siap kerja antara wakil JKR Pulau Pinang, Puan Mastura Binti Ibrahim dan pihak Kontraktor Fadzill Construction Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Haji Mohamed fadzill bin Hassan. Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan kunci daripada pihak kontraktor yang di lantik kepada JKR Pulau Pinang sebagai Agensi Pelaksana yang dipertanggungjawabkan dan seterusnya diserahkan kepada Pengarah Hospital Seberang Jaya, Dr. Hj. Saiful Azlan Bin Hj. Sharif yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia selaku pelangan bagi projek ini.

 

Semoga pelanggan berpuas hati dengan kualiti projek ini dan terus memberi kepercayaan kepada JKR Pulau Pinang dalam melaksanakan projek-projek Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan datang.



 


| Dasar Privasi & Keselamatan|Penafian | Soalan Lazim | Bantuan |
Hakcipta terpelihara © Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang
Disenggara oleh Unit Teknologi Maklumat, Sumber & Dokumentasi, Bahagian Pengurusan Korporat