<<< APLIKASI MUDAH ALIH

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, Kementerian Kerja Raya telah membangunkan mobile application yang dinamakan Aduan Jalan KKR. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan memudahkan orang ramai membuat aduan kerosakan jalan bagi jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuhraya dengan lebih cepat dan berkesan dengan menggunakan telefon pintar. Dengan penggunaan aplikasi ini, KKR dapat bertindak dengan lebih cepat ke atas aduan yang diterima.

Aplikasi Aduan Jalan KKR boleh dimuat-turun menggunakan platform Android dan iOS.

Klik sini untuk melihat video Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR

 

Android Smart Phone    

Untuk muat-turun aplikasi Aduan Jalan KKR

1. Mengunakan Play Store pada telefon  

  • Buka Play Store dalam telefon pintar android anda
  • Search -> Aduan Jalan KKR
  • Klik -> open
  • Terus install ke telefon pintar anda.

atau

 

2. Menggunakan Pelayar Web :  Klik Sini

atau

3. Scan QR Code 

  

 

iOS Phone    

Untuk muat-turun aplikasi Aduan Jalan KKR

 

1. Mengunakan App Store pada telefon  

  • Buka App Store dalam telefon pintar android anda
  • Search -> Aduan Jalan KKR
  • Klik -> open
  • Terus install ke telefon pintar anda.

atau

 

2. Menggunakan Pelayar Web :  Klik Sini

3. Scan QR Code 

  

 

NOTA:

  • Apabila menggunakan aplikasi ini, pastikan GPS pada telefon pintar anda diaktifkan. Tunggu sehingga signal GPS stabil dan dapat mengesan lokasi sebenar.
  • Bagi pengguna baru, satu e-mel pengaktifan akaun akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan. Pastikan pengguna mengaktifkan akaun pada pautan yang diberikan dalam e-mel tersebut. Aduan anda tidak akan direkodkan sekiranya akaun tidak diaktifkan. Sila semak e-mel anda untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan sementara setelah akaun diaktifkan.
  • Anda boleh menyemak status aduan melalui http://morc.kkr.gov.my menggunakan nama pengguna dan katalaluan sementara yang dibekalkan.
  • Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan aplikasi ini semasa memandu. Segala kerugian atau kecederaan dalam penggunaan aplikasi ini semasa memandu tidak akan dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

 


| Dasar Privasi & Keselamatan|Penafian | Soalan Lazim | Bantuan |
Hakcipta terpelihara © Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang
Disenggara oleh Unit Teknologi Maklumat, Sumber & Dokumentasi, Bahagian Pengurusan Korporat