PERUTUSAN PENGARAH KERJA RAYA PULAU PINANG
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang..
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan Laman Web JKR Pulau Pinang yang menyediakan laman web ini. Laman Web Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini.
Kandungan laman web ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian masing-masing.
Harapan saya semoga maklumat -maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada kita semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR Pulau Pinang.
Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.
Selamat melayari laman web ini.
Sekian, terima kasih
IR. HAJI AHMAD LATIF BIN HAJI ABDUL HAMID BCK, PMP
Pengarah Kerja Raya
Pulau Pinang