- Soalan 1
- Soalan 2
- Soalan 3
- Soalan 4
- Soalan 5
- Soalan 6
- Soalan 7
- Soalan 8
- Soalan 9
- Soalan 10
Apakah itu JKR Negeri Pulau Pinang?
JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang. JKR Negeri Pulau Pinang berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan samada diperingkat negeri ataupun persekutuan yang mana menyokong segala sektor pembinaan di Negeri Pulau Pinang. JKR Negeri Pulau Pinang merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin - pentadbiran, kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.
JKR Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab merancang, merekabentuk serta membina projek infrastruktur di Negeri Pulau Pinang. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh kami ialah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong sektor pembinaan negeri dan juga negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.
JKR Negeri Pulau Pinang terdiri daripada 9 bahagian utama dan disokong oleh 5 daerah. Sila Rujuk Carta Organisasi JKR Negeri Pulau Pinang
Alamat dan nombor telefon adalah seperti di bawah:
Jabatan Kerja Raya
Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 18 & 19
Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
10000 Pulau Pinang
Telefon : 04-2616653, dan fax : 042614707
Emel : jkrpenang@pp.jkr.gov.my
Hubungi Direktori Pegawai atau Panduan Telefon Jabatan
JKR Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, IR. Haji Ahmad Latif Bin Abdul Hamid dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin - pentadbiran, kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.
Anda boleh menggunakan Direktori Pegawai dan Panduan Telefon Jabatan untuk menghubungi pegawai dan kakitangan di JKR Negeri Pulau Pinang.
Sila klik pada JKR berkenaan untuk memaparkan lokasi pejabat.
Ibu Pejabat JKR Negeri Pulau Pinang
JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pulau Pinang
JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pulau Pinang
JKR Daerah Timur Laut
JKR Daerah Barat Daya
JKR Daerah Seberang Perai Utara
JKR Daerah Seberang Perai Tengah
JKR Daerah Seberang Perai Selatan
Anda boleh membuat aduan kerosakan jalan melalui saluran seperti berikut :-
Talian Aduan JKR : 1-300-888-557
Talian Telefon Pejabat : 04-6505390 / 04-2616653 ext.173
Talian SMS : Taip JKR<aduan anda> dan hantarkan ke DAPAT / 32728
Emel : aduan@jkr.gov.my / jkrpenang.pp.jkr.gov.my
Borang aduan Online : PINTAS (Kerajaan Negeri) / Aduan Awam (JKR Malaysia)
Notis Tender/sebutharga diiklankan seperti dibawah :-
- di papan kenyataan di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri pulau Pinang, Tingkat 18, KOMTAR, Pulau Pinang.
- akhbar-akhbar tempatan
- e-perolehan Kerajaan Negeri
Jika anda berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di JKR, sila penuhkan Borang SPA 8 “i” dalam http://www.spa.gov.my atau hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk keterangan lanjut.