Carousel Template

 


Logo JKR

 

 

Deskripsi

1. Secara umumnya, Logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

2. Bermula dari bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik.

3. Garisan yang berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan.

4. Garisan lurus berwarna hitam di atas garisan berbentuk arch melambangkan penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara.

5. Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

 

 

Warna

1. Kuning melambangkan kedewasaan jenama JKR sebagai salah sebuah organisasi yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej yang matang dalam mencapai objektifnya.

2. Hitam melambangkan kekuatan / kesatuan yang berkualiti dari cawangan - cawangan didalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan.

3. Kelabu melambangkan wujudnya nilai - nilai murni modal insan di dalam memberi perkhidmatan.

 

 

Kod Warna

1. Kuning Autofinish Golden Yellow

ICI 456
2. Hitam Autofinish Black

ICI 122
3. Kelabu Autofinish Admiralty

ICI 105

 

Info Pantas

Laman Media Sosial Rasmi

facebook twitter youtube rss

 

Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang
Jalan JKR, Sungai Pinang,
11600 George Town,
Pulau Pinang.