Carousel Template

 


Soalan Lazim

SOALAN 1 : Apakah itu JKR Negeri Pulau Pinang?
JKR adalah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang.

JKR Negeri Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan sebagai Agensi Pelaksana dan juga sebagai Penasihat Teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam pembangunan fizikal di Negeri Pulau Pinang. Dalam Pengurusan Aset Infrastruktur, JKR telah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Aset, khususnya bagi Jalan Persekutuan dan Negeri disamping melaksanakan projek-projek pembangunan di Negeri Pulau Pinang.

JKR Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin - pentadbiran, kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan ukur bahan

SOALAN 2 : Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Negeri Pulau Pinang?
Perkhidmatan utama yang disediakan oleh JKR Negeri Pulau Pinang adalah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan di mana menyokong sektor pembinaan di Negeri Pulau Pinang khususnya kerja-kerja infrastruktur. Perkhidmatan ini uga termasuk merancang, merekabentuk, proses perolehan, membina serta menyenggara aset-aset infrastruktur negeri dan persekutuan di Negeri Pulau Pinang.

SOALAN 3 : Bagaimana struktur organisasi JKR Negeri Pulau Pinang?
JKR Negeri Pulau Pinang terdiri daripada 12 bahagian utama dan disokong oleh 5 daerah. Sila Rujuk Carta Organisasi JKR Negeri Pulau Pinang

SOALAN 4 : Bagaimana untuk menghubungi JKR Negeri Pulau Pinang dan JKR Daerah?
Sila klik pautan Hubungi Kami untuk dapatkan alamat, nombor telefon dan nombor faks untuk dihubungi.

SOALAN 5 : Bagaimana untuk mengunjungi pejabat JKR Negeri Pulau Pinang dan JKR Daerah?

Sila klik pada JKR berkenaan untuk memaparkan lokasi pejabat.
Ibu Pejabat JKR Negeri Pulau Pinang

JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pulau Pinang
JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pulau Pinang
JKR Daerah Timur Laut
JKR Daerah Barat Daya
JKR Daerah Seberang Perai Utara
JKR Daerah Seberang Perai Tengah
JKR Daerah Seberang Perai Selatan

SOALAN 6 : Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Negeri Pulau Pinang?
Anda boleh menggunakan Direktori Pegawai untuk menghubungi pegawai dan kakitangan di JKR Negeri Pulau Pinang.

SOALAN 7 : Siapakah yang menerajui JKR Negeri Pulau Pinang?
JKR Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid dan disokong oleh pegawai dari pelbagai disiplin - pentadbiran, kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

SOALAN 8 : Bagaimana jika saya ingin membuat aduan?
Anda boleh membuat aduan kerosakan jalan melalui saluran seperti berikut :-

PEGAWAI ADUAN JABATAN
PUAN MIMI ASMIDAR BINTI ZAKARIA
Jurutera Awam Kanan (Pengurusan Korporat),
Bahagian Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang.

PEGAWAI PENYELARAS ADUAN JABATAN
ENCIK MOHAMED FADLY BIN MOHAMED ALIAS
Pegawai Penyelaras Aduan I
Unit Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang.

PUAN QUEENIE YEOH LYE KIM
Pegawai Penyelaras Aduan II
Unit Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang.

SALURAN YANG BOLEH DIHUBUNGI :

HOTLINE ADUAN
:
 +604 - 289 8999 (8.00 am - 5.00 pm)
     
SMS Aduan (JKR DAPAT)
:
Taip JKR [aduan anda] dan SMS ke DAPAT/32728
     
mySMS
:
Taipkan JKR ADUAN [aduan anda] dan SMS ke 15888
     
Nombor Fax
:
 +604 - 289 8856
     
Emel
:
AduanPenang@jkr.gov.my
     
Media Sosial
:
facebook twitter


Borang aduan Online :
e-PINTAS (Kerajaan Negeri); dan
eAduan JKR (JKR Malaysia)

SOALAN 9 : Dimanakah JKR mengiklankan Notis Tender / Sebut Harga?
Notis Tender / Sebut Harga diiklankan seperti berikut :-
- di papan kenyataan Tender / Sebut Harga di Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan semua JKR Daerah.
- akhbar-akhbar tempatan
- Portal Kenyataan Tender JKR Malaysia
Portal e-perolehan Kerajaan Negeri
-
Sosial Media Rasmi JKR Pulau Pinang seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok

SOALAN 10 : Bagaimana untuk saya menjadi salah seorang kakitangan JKR?
Sekiranya anda berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di JKR, sila layari Portal Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9) atau Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk keterangan lanjut.

Info Pantas

Laman Media Sosial Rasmi

facebook twitter youtube rss

 

Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang
Jalan JKR, Sungai Pinang,
11600 George Town,
Pulau Pinang.