Perutusan Pengarah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan Portal JKR Pulau Pinang yang telah membangunkan portal ini. Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini.
Kandungan portal ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang termasuk semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian masing-masing.
Harapan saya semoga maklumat - maklumat yang disediakan melalui portal ini memberi manfaat kepada kita semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR Pulau Pinang.
Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.
Selamat melayari portal ini.
"Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan"
Sekian, wassalam dan terima kasih.
Dato' Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid
Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang